SARAWAK
LAND CODE (CAP. 58) Bab III
Dasar
Tanah Hak Adat Bumiputera
Semenjak
zaman pemerintahan Rajah Brooke lagi, Tanah Hak Adat Bumiputera telah diiktiraf
oleh pihak kerajaan dengan penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan
tanah.
Sebelum
Pemerintahan Rajah 1841
Sebelum
Rajah Brooke mula memerintah Sarawak, tidak terdapat undang-undang bertulis
mengenai tanah. Oleh itu, tidak banyak yang diketahui tentang sejarah Undang-Undang
Tanah sebelum pemerintahan Rajah. Apa yang diketahui ialah tuntutan Tanah Hak Adat
Bumiputera adalah menurut undang-undang adat kaum yang berkenaan.
Semasa
Pemerintahan Rajah Brooke 1841 - 1946
Semenjak
pemerintahan Rajah pada 1841, Rajah telah menyedari tentang sensitifnya undang-undang
adat berhubung dengan Hak Adat Bumiputera. Maka, tanah hak adat Bumiputera
menurut adat resam sesuatu kaum telah mula diiktiraf oleh pemerintahan Rajah
Brooke semenjak tahun 1841 lagi. Ini terbukti apabila Rajah James Brooke
menulis dalam Jurnal Bil. Satu yang menyatakan: “The fruit trees about the
kampung, and as far as the jungle wound, are private propety.”
Rajah
Order IX 1875 mengiktiraf amalan umum kaum Bumiputera meneroka
hutan tua. Dengan berbuat demikian, hak adat ke atas tanah telah diwujudkan,
tetapi hak sedemikian akan hilang sekiranya tanah tersebut dibiarkan tidak
terjaga.
Fruit
Trees Order 1899 pula mengiktiraf adat resam kaum Iban, seperti
yang dinyatakan di bawah: “Any Dayak
removing from a river or district may not claim,
sell
or transfer any farming ground in such river or district, nor may he prevent
others farming thereon, unless he holds such land under a grant.” (Seksyen
2) Perkara ini juga telah diputuskan oleh Mahkamah sebagai perisytiharan ke
atas undang-undang adat yang sah (rujuk kes Udin ak Lampon lwn TR Utom).
Land
Order 1920 mewujudkan satu kategori tanah yang dipanggil
Pegangan Bumiputera di mana kaum Bumiputera dibenarkan untuk mendudukinya tanpa
sebarang bayaran untuk menanam pokok buah - buahan.
Land
Ordinance 1931 memberi pengiktirafan ke atas Tanah Pegangan
Bumiputera di mana pajakan 99 tahun boleh dikeluarkan untuk tanah seluas tiga
ekar tanpa bayaran (Seksyen 90). Ordinan ini juga membenarkan perisytiharan
tanah untuk Kampung Melayu dan rumahrumah golongan Bumiputera, dan mereka juga
boleh menduduki tanah secara individu menurut hak adat (Seksyen 91).
Land
Settlement Ordinance 1933 juga memberi pengiktirafan ke atas hak
adat Bumiputera. Seksyen 66 memperuntukkan hak adapt Bumiputera akan diiktiraf
ke atas: -
i)
tanah yang ditanam dengan pokok buah-buahan, apabila bilangan pokok berjumlah
20 pokok atau lebih bagi setiap ekar;
ii)
tanah yang diduduki secara berterusan atau telah ditanam atau didirikan
struktur dalam tiga tahun;
iii)
tapak perkuburan atau makam; atau
iv)
hak laluan
Secretariat
Circular No. 12, 1939 mengiktiraf hak ke atas tanah yang
diwujudkan dengan cara menebang hutan dara, dan keperluan untuk melindungi hak
tersebut, tetapi menekankan tiada kaum atau individu boleh memiliki tanah lebih
daripada yang diperlukan.
Tusun
Tunggu 1952 ialah merupakan undang-undang adat Iban yang
mengiktiraf hanya temuda sebagai hak adat Bumiputera melalui penerokaan
hutan dara untuk bercucuk tanam dan mendudukinya. Temuda boleh juga diwarisi atau
diperoleh melalui hadiah.
Undang
Undang Tanah Antara 1948 Dan 1955
Land
Classification Ordinance 1948 ialah sebagai penambahan kepada
Land Ordinance 1931 dan Land Settlement Ordinance 1933. Ordinan
tersebut memperuntukkan perkara-perkara seperti berikut:
•
Klasifikasi tanah dan perlindungan hak Bumiputera.
•
Kesan utama: Menyekat pemilikan tanah di dalam tanah
kawasan
Bumiputera oleh bukan Bumiputera [Bumiputera ialah sebagaimana yang
didefinisikan di bawah Ordinan Interpretasi].
•
Seksyen 3(1) Ordinan ini mengklasifikasikan tanah kepada lima:-
i)
Tanah Zon Campur;
ii)
Tanah Kawasan Bumiputera;
iii)
Tanah Hak Adat Bumiputera;
iv)
Tanah Rizab; dan
v)
Tanah Kawasan Pedalaman.
Land
Classification (Amendment) Ordinance 1954 (Ordinance No. 3/1954) dan Land
Classification (Amendment) Ordinance 1955 (Ordinance No. 1/1955) menyekat
sama sekali pewujudan hak adat Bumiputera ke atas Tanah Zon Campur dan Tanah
Kawasan Bumiputera. Ordinan ini hanya
membenarkan pewujudan Hak Adat Bumiputera dengan meneroka hutan ke atas Tanah
Kawasan Pedalaman, tertakluk
kepada
pengeluaran permit di bawah Seksyen 10 oleh Pegawai Daerah. Walau bagaimanapun, dari segi amalan,
pengeluaran permit telah dihentikan semenjak tahun 1964 atau sekitarnya. Kesan dari kedua-dua Ordinan ini ialah hak
adat Bumiputera tidak boleh diwujudkan ke atas Tanah Zon Campur dan Tanah
Kawasan Bumiputera selepas 21 Mei 1954. Hak adat Bumiputera juga tidak boleh
diwujudkan
ke atas Tanah Kawasan Pedalaman selepas 16 April 1955 kecuali dengan permit bertulis
daripada Pegawai Daerah.
Sistem
Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negeri (Bab 81) Selepas Tahun 1958
Kanun
Tanah Negeri (Bab 81) menyatukan semua undang-undang awal
tanah dan menjadikannya sebuah undang-undang yang lengkap.
Definisi
Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR)
Seksyen
2, Kanun Tanah Negeri (Bab 81) mendefinisikan tanah hak adat Bumiputera
sebagai:-
(a) land
in which native customary rights, whether communal or otherwise, have lawfully
been created prior to the 1st day of January, 1958, and still subsist as such;
(b) land
from time to time comprised in a reserve to which Section 6 applies; and
(c) Interior
Area Land upon which native customary rights have been
lawfully
created pursuant to a permit under Section 10.
Seksyen
6(1) memperuntukkan:-
The
Minister may by order signified in the Gazette declare any area of State land
to be Native Communal Reserve for the use ofany community having a native
system of personal law and may, by such order or by subsequent order, declare
that the customary law of such community in relation to the acquisition,
transfer
and
transmission of rights and privileges in or over land, and in any building or
other structure erected therein, shall applywith such modifications as may be
specified or provided for in any such order.
Permit
di bawah Seksyen 10 ialah permit yang dikeluarkan oleh Penguasa Tanah dan
Survei (dulunya Pegawai Daerah). Bagi
kedua-dua seksyen tersebut, tarikh berkuat kuasa pewujudan hak adat Bumiputera
adalah mengikut tarikh berkuatkuasanya pewartaan Native Communal Reserve dan
tarikh permit dikeluarkan.
Pewujudan
Hak Adat Bumiputera
Seksyen
5(1) Kanun Tanah Negeri (Bab 81) memperuntukkan:–
As
from the 1st day of January, 1958, native customary rights may be created in
accordance with the native customary law of the community or communities
concerned by any of the methods specified in subsection (2), if a permit is
obtained under section 10, upon Interior Area Land. Save as aforesaid, but
without prejudice to the provisions hereinafter contained in respect of Native
Communal Reserves and rights of way, no recognition shall be given to any
native customary rights over any land in Sarawak created after the 1st day of
January, 1958, and if the land is State land any person in occupation thereof
shall be
deemed
to be in unlawful occupation of State land and section 209 shall apply thereto.
Seksyen
5(2) Kanun Tanah Negeri (Bab 81) memperuntukkan –
The
methods by which native customary rights may be created are -
(a) the
felling of virgin jungle and the occupation of the land thereby
cleared;
(b) the
planting of land with fruit trees;
(c) the
occupation or cultivation of land;
(d) the
use of land for a burial ground or shrine; or
(e) the
use of land of any class for rights of way.
Namun
demikian, sehingga dokumen hak milik dikeluarkan ke atasnya, sesuatu tanah hak
adat Bumiputera akan kekal sebagai tanah kerajaan. Mana-mana Bumiputera yang mendudukinya secara
sah akan dikira sebagai pemegang lesen daripada kerajaan dan tidak dikehendaki
untuk membayar cukai ke atasnya kecuali dan sehingga dokumen hak milik dikeluarkan
kepadanya. Persoalan sama ada hak Bumiputera tersebut wujud atau hilang akan ditentukan
oleh undang-undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 1958 melainkan Kanun
Tanah Negeri (Bab 81) ini membuat peruntukan sebaliknya. Undang-undang yang diguna pakai sebelum 1
Januari 1958 ialah Land Classification
(Amendment) Ordinance 1954 (Ordinance No. 3/1954) dan Land
Classification (Amendment) Ordinance 1955 (Ordinance No. 1/1955).
Kerajaan
memandang serius terhadap pengesahan dan maklumat palsu berhubung dengan
wujudnya NCR. Bagi kesalahan membuat perisytiharan palsu, Seksyen 210 (e) Kanun
Tanah Negeri (Bab 81) memperuntukkan –
No
person shall -
(e)
knowingly or wilfully or recklessly make or submit to any person referred to in
section 3(1) or to any officer of the Department of Lands and Surveys, any
declaration (whether on oath or otherwise), representation, statement or claim
which is false or contains particulars which are false, concerning any matter
or procedure made, to be done or complied with or to be submitted in pursuance
of this Code. Mereka
yang didapati bersalah boleh dipenjara lima tahun dan
didenda
RM100,000.
Pengesahan
Tanah Hak Adat Bumiputera
Dalam
mengesahkan status tanah hak adat Bumiputera, Jabatan Tanah dan Survei
menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:
•
Maklumat ke atas interpretasi gambar foto udara sehingga tahun 1955;
•
Peta Penggunaan Tanah terkini;
• Field
Book, Cadastral Sheet; dan
•
Maklumat daripada ketua kaum, warga tua di kampung, tuan punya tanah berdekatan
dan penuntut tanah sendiri.
Sekatan
Urus Niaga Ke Atas Tanah Hak Adat Bumiputera
Perenggan
pertama Pekeliling Sekretariat No. 12, 1939 memperuntukkan, antara lain:
“Tujuan
kerajaan adalah untuk menghalang mana-mana kaum terus kekal dalam kemiskinan
dengan menjual tanah mereka kepada orang lain, sama ada bukan Bumiputera ataupun
Bumiputera.”
Sebagai
contoh, jika tanah hak adat Bumiputera dimiliki oleh kaum Iban, hak tersebut
adalah dinikmati oleh kaum tersebut secara keseluruhannya, dan mana-mana ahli
yang meninggalkan kaum tersebut untuk tinggal di tempat lain, haknya boleh
diambil alih oleh ahli Bumiputera lain daripada kaum tersebut seperti kes
Keteng bin Haji Li lwn T.K. Suhaili (1951).
Tanah hak adat Bumiputera boleh diwarisi dan dijadikan sebagai hadiah
oleh tuan punya kepada warisnya. Akan tetapi, urus niaga ke atas tanah hak adat
Bumiputera dengan cara perjanjian jual-beli tidak dibenarkan. Rujuk kes-kes
tersebut: Bisi ak Jinggot lwn Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching dan
lain-lain, Sat ak Akum & Anor lwn Randong ak Charareng dan Sumbang ak Sekam
lwn Engkarong ak Ajah. Di bawah adat Melayu, tanah hak adat Bumiputera boleh
dipindah milik kepada mereka dalam komuniti yang sama dan dalam kampung yang
sama. Urus niaga tanah hak adat Bumiputera antara Bumiputera dan bukan
Bumiputera sama sekali tidak dibenarkan menurut Seksyen 8(b) Kanun Tanah Negeri
(Bab 81).
Pengambilan
Balik Tanah Hak Adat Bumiputera
Hak
adat Bumiputera ialah hak yang terhad dan tidak mutlak. Oleh yang demikian, hak
ini boleh hilang melalui pengambilan balik tanah hak adat Bumiputera oleh
kerajaan dengan pembayaran pampasan. Pengambilan
balik hak adat ke atas tanah telah dibenarkan oleh undang-undang semenjak Land
Order 1931 berkuatkuasa mulai 1 Januari 1932. Seksyen 92 Land Order 1931 memperuntukkan
bahawa sekiranya mana-mana pegangan
Bumiputera atau rizab bersama Bumiputera diperlukan untuk kegunaan awam,
setelah dikeluarkan dengan notis kepada tuan punya tanah atau orang yang
mendudukinya, pampasan akan dibayar oleh Penguasa Tanah dan Survei menurut
keadaan yang dikira munasabah. Keputusan
mahkamah baru-baru ini memutuskan hak adapt Bumiputera boleh dimansuhkan atau
ditamatkan oleh peruntukan-peruntukan berkanun yang jelas (rujuk Penguasa Tanah
dan Survei Bahagian Miri lwn Madeli bin Salleh). Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri (Bab
81) memperuntukkan pengambilan balik hak adat Bumiputera dan prosedur bagi pengambilan
balik, penentuan tuntutan pampasan untuk mereka yang haknya dimansuhkan dan
proses timbangtara bagi mereka yang tidak berpuas hati terhadap tawaran pampasan
Penguasa Tanah dan Survei. Seksyen 5(3)
dan (4) telah disahkan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
(rujuk Jalang ak Paran dan Anor lwn Kerajaan Negeri Sarawak & Borneo Pulp
and Paper Sdn Bhd).
Pampasan
Ke Atas Pengambilan Tanah Hak Adat Bumiputera
Pampasan
mesti dibayar sekiranya hak adat Bumiputera diambil balik dalam kes
pemberimilikan tanah kerajaan atau sekiranya tanah diperlukan untuk tujuan
awam. Asas untuk pampasan ialah kehilangan hak untuk menduduki tanah hak adat
Bumiputera yang tidak mempunyai surat hak milik. Kadar pampasan untuk tanah hak adat
Bumiputera:
(a)
Ansi Rengan lwn Hoe Hung Sawmill Ltd Kuching Pampasan diberi berdasarkan hasil
yang akan didapati oleh plaintif daripada tanah sekiranya dia melaksanakan
haknya untuk bertanam di atas tanah tersebut.
(b)
Minister for Land and Mineral Resources lwn Bilam ak Chandai
Penentuan
nilai tanah mengambil kira harga jualan yang bona fide ke atas tanah
berhak milik yang berhampiran. Di bawah
Seksyen 5(3) Kanun Tanah Negeri (Bab 81), kerajaan boleh memperuntukkan tanah
lain untuk menggantikan tanah hak adat Bumiputera yang diambil balik (rujuk kes
Penguasa Tanah dan Survei
Bintulu
dan dua lagi lwn Amit bin Salleh dan dua lagi).
Hak adat Bumiputera tidak akan diberi milik atau digunakan untuk tujuan
awam sehinggalah semua hak telah diserah atau diambil balik dengan pembayaran
pampasan.
Undang-Undang
Lain Yang Mengawal Tanah Hak Adat Bumiputera
Native
Courts Ordinance, 1992
Ordinan
Mahkamah Bumiputera mempunyai bidangkuasa ke atas pertelingkahan tanah hak adat Bumiputera yang melibatkan sesame
kaum yang mengamalkan Undang-undang Adat Bumiputera yang sama. Seksyen 22 Ordinan tersebut memberi kuasa
kepada Mahkamah Bumiputera untuk mengeluarkan arahan kepada Pengarah Tanah Dan
Survei untuk menguatkuasa Perintah terakhir Mahkamah Bumiputera berkaitan
dengan sebarang tuntutan atau pertikaian ke atas tanah yang mana tiada surat
hakmilik tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Arahan tersebut adalah sama seperti Perintah Penyelesaian yang
diputuskan oleh Pegawai Penyelesaian di bawah Seksyen 95 Kanun Tanah Negeri yang
harus dikuatkuasa atau diselesaikan dengan kaedah yang disediakan di bawah
seksyen 95(2) dan (3) dan seksyen 96 Kanun Tanah Negeri . Pengarah Tanah Dan
Survei akan diberikan salinan Perintah yang dikeluarkan dan jika beliau tidak
berpuas hati ke atas Perintah tersebut, Pengarah hendaklah membuat bantahan
bertulis dalam tempoh dua puluh satu (21) hari kepada Mahkamah dengan
menyatakan bantahan ke atas keputusan tersebut.
Jika Pengarah tidak membuat bantahan terhadap perintah terakhir
tersebut, maka perintah akan berkuatkuasa seperti dalam Perintah
Penyelesaian.
Bagi
maksud seksyen 22 di atas, Perintah Terakhir ditakrifkan sebagai Perintah yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Bumiputera di mana tiada rayuan diterima oleh
mahkamah tersebut dalam masa yang ditetapkan untuk rayuan.
Native
Customary Laws Ordinance (Cap. 51)
Yang
Di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri boleh meminda sistem undang-undang
Bumiputera menurut persetujuan ramai dalam sesuatu kaum.
Forests
Ordinance (Cap. 126)
Sebelum
Menteri mengisytiharkan mana-mana tanah kerajaan sebagai Rizab Hutan, Hutan
Terkawal atau Hutan Guna Sama, Residen akan mengeluarkan Notis Perisytiharan
dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang menunjukkan lokasi dan had
keluasan cadangan untuk dirizab atau had kawasan hutan. Notis perisytiharan
akan memaklumkan kepada mana-mana orang yang ingin membuat tuntutan ke atas hak
agar mengemukakan tuntutan tersebut di Pejabat Daerah dalam tempoh yang dinyatakan
dalam perisytiharan tersebut yang tempohnya tidak kurang daripada tiga bulan.
Prosedur
Pengeluaran Hak Milik Seksyen 18 Ke Atas Tanah Hak Adat Bumiputera
Permohonan
Tanah Secara Individu
Permohonan
tanah secara individu baik yang melibatkan tanah kerajaan mahupun tanah hak
adat Bumiputera adalah amat aktif sebelum tahun 1964. Namun, setelah mengambil
kira keputusan Laporan Jawatan Kuasa Tanah 1962, amalan memproses permohonan
tanah secara individu telah dihentikan pada Jun 1964 kerana didapati amalan ini
mengambil masayang lama dan tidak menguntungkan dari segi pembangunan ekonomi
ke atas tanah. Walau bagaimanapun, kerajaan masih lagi mempertimbangkan
manamana permohonan individu atau berkumpulan sekiranya tanah yang dipohon
telah diduduki dan diusahakan sepenuhnya. Bagi tanah hak adat Bumiputera yang
tidak diusahakan, tuan punya tanah akan dinasihati untuk membangunkannya
menerusi Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera dengan kerjasama agensi seperti
FELCRA, SALCRA, LCDA, LKTS dan pihak Kementerian Pembangunan Tanah.
Operasi
Penyelesaian
Operasi
Penyelesaian ialah proses mengukur dan menentukan hak ke atas tanah, untuk
membolehkan tanah berkenaan didaftar dalam Daftar Tanah. Proses ini
diperuntukkan dalam Bahagian V Kanun Tanah Negeri (Bab 81). Namun demikian, operasi ini mengambil masa
yang lama dan melibatkan kos yang tinggi. Pengeluaran hak milik tanah melalui
kaedah ini juga hanya berteraskan kepada pengeluaran hak milik dan bukannya pembangunan
tanah. Akibatnya, banyak hak milik yang dikeluarkan melalui operasi ini telah
dijual dan berpindah milik kepada pihak ketiga semata-mata untuk mendapat
keuntungan yang cepat.
Pengukuran
Kampung Tradisional
Kampung
tradisional merupakan kampung yang telah lama wujud, sama ada di kawasan yang
telah diwartakan sebagai Tanah Gunasama Bumiputera mahupun yang belum
diwartakan. Kampung tradisional juga merangkumi kampung Bidayuh yang mempunyai
rumah-rumah yang didirikan secara berasingan.
Pengukuran ini akan memberi jaminan hak milik ke atas tanah yang diduduki.
Kriteria bagi menentukan keutamaan untuk mengukur kampung tradisional ini ialah
dengan mengambil kira kawasan kampung adalah kawasan yang telah lama wujud dan
mempunyai prasarana seperti jalan raya, sekolah, hospital, dan lain-lain.
Kampung tersebut mestilah padat dengan rumah kediaman dan mempunyai jalan
keluar masuk ke setiap rumah kediaman yang sedia ada. Selain itu, penduduk
kampung tersebut mestilah tidak mempunyai sebarang pertikaian tuntutan sempadan
kawasan rumah kediaman. Hak milik di bawah
Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Bab 81) yang dikeluarkan untuk kampung
tradisional merupakan geran tanpa bayaran premium, bayaran ukur, bayaran cukai
tanah tahunan dan bayaran persediaan hak milik. Tempoh hak milik ialah kekal
selama-lamanya (perpetuity).
Konsep
Baru Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera
Konsep
Baharu Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera mula dilaksanakan pada bulan
September tahun 1994 dan telah dilancarkan pada tahun 1995.
Konsep
Baharu Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera menggabungkan tanah hak adat
Bumiputera yang bersaiz kecil tetapi bersambungan (contiguous) untuk
dibangunkan secara komersial demi meningkatkan taraf hidup penduduk Bumiputera
luar bandar. Dengan adanya persetujuan
yang dibuat oleh tiga pihak (tripartite arrangement) iaitu sektor swasta
sebagai pelabur, tuan punya tanah, dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah
(LCDA) sebagai agen pengurusan dan pemegang amanah untuk tuan punya tanah hak adapt
Bumiputera, hak milik tanah akan dikeluarkan kepada syarikat usaha sama (JVC)
untuk tempoh 60 tahun (iaitu dua pusingan penanaman). Setiap pihak iaitu pelabur, tuan punya tanah
hak adat Bumiputera dan LCDA akan masing-masing memegang ekuiti sebanyak 60%,
30% dan 10% .
Pelabur
dan LCDA membayar syer mereka dengan bayaran modal sementara tuan punya tanah
menyumbang syer mereka melalui balasan ke atas penggunaan tanah mereka dengan
nilai RM1,200 sehektar. Selepas 60 tahun
syarikat tersebut beroperasi, dan setelah tamat tempoh pegangan hak milik JVC, tawaran akan diberi
kepada tuan punya tanah hak adat Bumiputera sama ada untuk menyambung JVC yang
sama atau menubuh syarikat baharu. Sekiranya pemilik tanah tidak lagi berhasrat
untuk menyambung JVC, mereka boleh memohon untuk dikeluarkan hak milik seksyen
18 untuk tanah hak adat Bumiputera mereka.
Initiatif Baru
Tanah Hak Adat Bumiputera
Initiatif baru Tanah Hak Adat Bumiputera telah diluluskan oleh
Kerajaan bagi menyediakan mekanisma yang lebih cepat untuk memberi keselamatan
kepunyaan (sekuriti) ke atas Tanah Hak Adat Bumiputera serta merangsang
kesejahteraan ekonomi tuanpunya tanah secara keseluruhannya.
Dalam memperkenalkan initiatif baru ini, Pehin Sri Haji Abdul Taib
Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak menyatakan bahawa “Kerajaan Negeri sentiasa mengakui bahawa isu Tanah Hak Adat Bumiputera
adalah satu isu yang dekat di hati rakyat.
Oleh itu, initiatif bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan ini adalah untuk membantu rakyat menambah nilai ke atas tanah
mereka yang tidak diusahakan
dan pada masa yang sama menangani kesangsian mereka
berkaitan dengan keselamatan jangka panjang ke atas Tanah Hak Adat mereka”.
Ini merupakan initiatif bersama di antara Kerajaan Negeri dan
Persekutuan ekoran daripada rekomendasi Makmal GTP Bumiputera Sabah-Sarawak
yang diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu dalam bulan Febuari dan Mac awal
tahun 2010 ini tadi. Initiatif baru ini
dilaksanakan melalui dua pendekatan.
Pendekatan
pertama, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti tanah Hak Adat Bumiputera di semua
Bahagian di Negeri ini untuk pengukuran secara en bloc. Tujuan pengukuran en bloc ini adalah untuk mengasingkan
Tanah Hak Adat Bumiputera yang tulen daripada tanah Kerajaan. Jabatan Tanah Dan Survei kemudiannya akan
melaksanakan ukur keliling secara blok ke atas Tanah Hak Adat Bumiputera yang
telah dikenalpasti. Sebaik sahaja ukur
keliling ini selesai, tanah tersebut akan diwartakan sebagai Rizab Gunasama
Bumiputera di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Ini merupakan penghasilan peringkat pertama
untuk mengesahkan pemilikan ke atas penuntut tanah Hak Adat Bumiputera dalam
kawasan yang diwartakan.
Pendekatan kedua melibatkan komuniti yang mana tuanpunya Tanah Hak
Adat Bumiputera sendiri perlu menyelesaikan dan bersetuju ke atas persempadanan
tanah mereka masing-masing dalam kawasan yang diwartakan. Ini adalah untuk membolehkan Jabatan Tanah
Dan Survei menjalankan pengukuran secara terperinci dan seterusnya mengeluarkan
hakmilik individu kepada tuanpunya tanah.
Surat hakmilik tanah akan dikeluarkan di bawah seksyen 18 Kanun Tanah
yang merupakan penghasilan pendekatan kedua.
Pada masa lalu, banyak masalah yang melibatkan pertelingkahan di
antara individu-individu dalam komuniti dan Negeri ke atas sempadan tanah
menyebabkan keadaan yang rumit dan sukar untuk menyelesaikan pemilikan
tanah. Proses dua peringkat ini
membolehkan rizab gunasama bumiputera dibuat terlebih dahulu sementara menunggu
individu-individu dalam komuniti yang berkenaan bersetuju sesama sendiri ke
atas persempadanan individu dalam kawasan rizab gunasama bumiputera tersebut.
Untuk
memulakan initiatif ini, YAB Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan
Persekutuan sebanyak RM20juta untuk menjalankan aktiviti ukur keliling Tanah
Hak Adat Bumiputera. Initiatif ini telah
bermula pada bulan September, 2010 dan seterusnya akan bersambung ke Rancangan
Malaysia Ke -10 dari tahun 2011 sehingga 2015.
Pejabat Pengurusan Penyampaian akan ditubuhkan untuk menyelaras dan
mengawasi perlaksanaan initiatif baru
ini.
Perdana
Menteri menyatakan, “adalah penting bagi
pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera dipercepatkan untuk melonjak transformasi
ke atas kawasan luar Bandar serta menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada
tuanpunya-tuanpunya tanah. Objektif utama ialah supaya tanah dibangunkan
secara komersil untuk kesejahteraan
penduduk luar Bandar supaya
seiring dengan semua rakyat Malaysia lain yang memiliki ekonomi berpendapatan
tinggi. Saya berharap semua rakyat akan
melihat kebaikan program ini serta memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri . Dengan cara ini mereka boleh menyertai
wawasan besar Kerajaan untuk memberi
lebih kesejahteraan kepada semua rakyat
Malaysia terutamanya penduduk luar Bandar.
Hanya dengan itu, model ekonomi baru akan menjadi kenyataan bagi
penduduk luar Bandar”.
No comments:
Post a Comment